KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelancaran SSDS+, platform generasi baharu untuk terbitan, depositori dan penyimpanan bon dan sukuk token.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata, dengan memaparkan sekuriti secara digital, SSDS+ berupaya memudahkan transaksi, menawarkan fleksibiliti yang lebih tinggi dalam reka bentuk instrumen kewangan dan memperluas akses kepada peluang pelaburan.

Menurutnya, dibangunkan secara dalaman menggunakan teknologi awan dan lejar teragih, SSDS+ berlandaskan platform sedia ada Scripless Securities Depository System (SSDS) iaitu depositori pusat sekuriti bagi pasaran kewangan borong.

Di samping terbitan borong, ia berkata, SSDS+ bersedia menyokong terbitan bon kerajaan dan bon runcit token.