KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan menggubal satu akta khas bagi melindungi ahli keluarga, waris dan kenalan peminjam daripada menjadi mangsa ancaman sindiket pemberi pinjaman wang haram atau 'along'.

Ini kerana, sindiket kerap menjadikan orang terdekat dengan peminjam sebagai sasaran ancaman selepas peminjam gagal melangsaikan hutang atau menghilangkan diri.

Peguam Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Marcus Chong, berkata berdasarkan senario kes yang diterima, ahli keluarga peminjam sering menjadi ancaman keganasan seperti menerima ugutan, kediaman dan kenderaan dibaling cat merah selain kes along membakar rumah dengan membaling bom petrol.

"Tindakan ini menyebabkan rasa tidak selamat dialami waris sehingga mereka bertindak membuat laporan polis.