JAKARTA: Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan tindakan pentadbiran terhadap 32 syarikat berhubung kebakaran hutan dan tanah yang memusnahkan kawasan seluas 12,926.74 hektar di tujuh wilayah, termasuk Kalimantan Barat.
Tindakan itu merangkumi penggantungan permit, kewajipan memulihkan ekosistem dan pembatalan permit, selain beberapa siasatan jenayah berasingan yang menyasarkan syarikat serta individu.
“Daripada 32 syarikat itu, permit 19 daripadanya digantung dan mereka diwajibkan memulihkan ekosistem hutan di kawasan tanah terbakar seluas 9,546.42 hektar,” kata Ketua Pengarah Penguatkuasaan Undang-Undang Perhutanan kementerian itu, Dwi Januanto Nugroho dalam kenyataan pada Isnin.
“Lapan lagi entiti diwajibkan melaksanakan pemulihan ekosistem meliputi kawasan terbakar seluas 2,211.19 hektar, manakala permit lima entiti selebihnya dibatalkan,” tambah Dwi.








