Kota Bharu: Setiausaha Agung Parti Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin tidak menolak kemungkinan akan ada pihak yang akan menubuhkan PN baharu selepas ini.
Katanya, perkara itu tidak mustahil dan beliau sendiri sudah mendengar desas desus mengenainya.
"Pihak ini sudah tentulah yang mempunyai hubungan baik dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) kerana pertubuhan itu yang akan memutuskan sama ada lulus atau sebaliknya.
"Tidak mengapa, ambillah. Mungkin dia boleh mengajak mana-mana parti yang mereka baik menyertai gabungan baharu itu.






