Ahli Parlimen bebas Helen Haines dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di luar pejabatnya di Wangaratta, timur laut Melbourne, Isnin lalu. (Gambar EPA Images)MELBOURNE: Kedua-dua kaki Ahli Parlimen Australia, Helen Haines terpaksa dipotong selepas dilanggar sebuah kenderaan di luar pejabat kawasannya awal minggu ini, lapor Agensi Berita Jerman.

Doktor pada mulanya berharap dapat menyelamatkan kaki kanannya, namun pakar bedah akhirnya tidak dapat mengelak memotong kedua-dua kaki, kata suaminya, Phil, pada Rabu.

"Berita baik di sebalik semua ini ialah Helen masih hidup dan keadaannya stabil. Itu paling penting bagi keluarga kami," katanya kepada pemberita.

Ahli Parlimen bebas yang popular dan mewakili kawasan Indi di Parlimen Australia, dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di luar pejabatnya di Wangaratta, timur laut Melbourne, Isnin lalu.