KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki Aksan, berkongsi detik cemas apabila terperangkap selama lima jam dalam rusuhan yang melumpuhkan kota Paris, Perancis.

Afdlin menerusi Facebook, berkata beliau pergi ke Perancis bersama isteri dan anaknya untuk menghadiri MIPCOM di Cannes, sebelum meluangkan sedikit masa bersama keluarga di Paris.

Bagaimanapun, katanya, beliau berdepan pengalaman mencemaskan ketika bersiar-siar di kawasan Louvre.

"Kami terserempak dengan satu demonstrasi. Ramai pesertanya anak muda. Saya mahu berlaku adil, ramai antara mereka sangat sopan dan baik. Tidak semua yang berada di situ datang untuk membuat kekacauan.