London: Tottenham Hotspur berdepan kemungkinan kehilangan James Maddison menjelang kunjungan ke Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad ini, selepas pemain tengah itu baru kembali daripada kecederaan panjang.
Pengurus Tottenham, Roberto De Zerbi berkata, Maddison belum menjalani latihan bersama pasukan dalam tempoh tiga hari selepas membantu Spurs menewaskan Coventry City 3-1 pada Isnin lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol pembukaan dalam penampilan pertama sebagai kesebelasan utama selepas 536 hari, namun kecergasannya masih menjadi tanda tanya.
"Dalam tiga hari pertama selepas perlawanan menentang Coventry, Maddison tidak berlatih bersama kami. Saya tidak tahu sama ada dia bersedia untuk perlawanan esok (Ahad).








