KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan 'Geng Yunaa' yang disyaki terbabit dalam 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks menerusi Ops Angel di Lembah Klang pada 24 hingga 26 Sept lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, dalam operasi itu, tujuh individu berusia 18 hingga 44 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga esok.Beliau berkata, dua lagi ahli kumpulan itu sedang ditahan di Penjara Kajang dan Sekolah Henry Gurney, Melaka atas kesalahan berkaitan pemerdagangan kanak-kanak dan pelacuran."Kumpulan ini menjalankan kegiatan eksploitasi seksual melalui aktiviti pelacuran dengan merekrut remaja tempatan, warga negara asing serta kanak-kanak bawah umur yang dieksploitasi dan dijadikan mangsa pelacuran di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur."Bagi mendapatkan pelanggan, kumpulan ini menggunakan aplikasi Telegram untuk mempromosikan perkhidmatan pelacuran melibatkan anggaran 20 hingga 30 pelacur setiap hari," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.Kumar berkata, pelanggan dikenakan bayaran antara RM200 hingga RM350 bergantung kepada pakej dan lokasi perkhidmatan, dengan pembayaran dipercayai dibuat secara tunai, melalui Touch 'n Go atau kod respons pantas (QR) perbankan kepada ejen pelacuran yang dikaitkan dengan kumpulan itu.Beliau berkata, kumpulan berkenaan dipercayai memperoleh kira-kira 100 pelanggan sehari dengan kutipan RM150 bagi setiap pelanggan, manakala bakinya dibayar kepada individu yang dieksploitasi.Berdasarkan anggaran tersebut, katanya kumpulan terbabit mampu memperoleh pendapatan RM15,000 sehari atau RM450,000 sebulan, bersamaan RM5.4 juta setahun sekiranya kegiatan itu berterusan pada kadar yang sama."Kegiatan ini amat membimbangkan kerana bukan sahaja memperdagangkan manusia demi keuntungan, malah mengeksploitasi golongan kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi daripada penderaan dan eksploitasi seksual."Lebih membimbangkan, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak berpotensi meninggalkan kesan trauma psikologi berpanjangan, merosakkan perkembangan emosi, akhlak dan sosial serta menjejaskan masa depan mangsa," katanya.Beliau berkata, 'Geng Yunaa' yang aktif sejak awal 2024 itu terdiri daripada 10 orang yang berusia lingkungan 18 hingga 44 tahun dengan diketuai seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun.Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan pelacuran antaranya 14 telefon bimbit, enam kotak ubat pencegah kehamilan, tuala dan gel pelincir."Hasil semakan mendapati beberapa tangkapan mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau seperti jenayah pelacuran, pemerdagangan orang, pengedaran dadah dan penipuan."Kita juga telah mengenal pasti seorang lagi ahli kumpulan yang masih bebas dan usaha untuk mengesan suspek ini masih giat dijalankan," katanya.Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara yang berset
Polis tumpaskan 'Geng Yunaa', selesaikan 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak

Key takeaways
Polis menumpaskan 'Geng Yunaa' dalam Ops Angel, menahan tujuh individu terlibat dalam 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak.
- Tujuh individu ditahan di bawah SOSMA atas kesalahan terlibat dalam pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak.
- Geng ini menggunakan Telegram untuk mempromosikan perkhidmatan pelacuran dengan 20 hingga 30 pelacur setiap hari.
- Kumpulan ini dikatakan memperoleh pendapatan RM15,000 sehari daripada aktiviti mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Polis tumpaskan 'Geng Yunaa', selesaikan 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIsmailBinLasim2_876768.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)