Kuantan: Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak menganggap tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membebankan pengguna.
Beliau berkata, sebelum tambang ditetapkan, kajian secara menyeluruh sudah dilakukan sebelum ia diumumkan.
"Kita berasakan ia (tambang) berpatutan dan mampu termasuk golongan B40, malah harganya tidak jauh (beza) dengan perkhidmatan bas manakala kapal terbang lebih tinggi.
"Saya dapati dalam media sosial tidak ada komen negatif berhubung tambang ini (harga tiket), malah ramai menyambut baik dan sikit-sikit itu biasalah," katanya.








