Kuala Lumpur: Walaupun kurang mendapat liputan dan perhatian, namun kumpulan Gerhana Ska Cinta yang memperjuangkan muzik ska, rock steady dan reggae kini sudah 27 tahun berada dalam industri.

Dianggotai lapan ahli iaitu Edy J sebagai pemain gitar dan vokalis, Widy, Bakri (pemain dram), Fairuz (keyboard), Skaloot (basis), Farin (tenor saxophone), Nadzmi (alto saxophone, dan Weed (trumpet), kumpulan ini bersyukur masih aktif.

Widy berkata, meskipun semua anggota Gerhana Ska Cinta mempunyai kerjaya tetap masing-masing, tetapi bermain muzik adalah minat dan mahu berkongsi hiburan dengan pendengar.

"Memang kami (Gerhana Ska Cinta) masih lagi aktif dalam industri sampai sekarang, dan tawaran persembahan pun banyak diterima termasuk di luar negara seperti Singapura. Syukur Alhamdulillah.