KUALA LUMPUR: Penangguhan pembayaran balik kini diperluaskan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat banjir di sepanjang sempadan Nepal-China, baru-baru ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu memaklumkan bahawa bank, pengendali insurans dan takaful (ITO) berkaitan sudah menghubungi keluarga yang terjejas, berikutan pertemuan antara BNM dengan waris mangsa pada 12 Oktober lalu.
"Bergantung kepada keadaan khusus membabitkan keluarga yang terjejas, pihak bank dan ITO turut mempertimbangkan bantuan lanjut, seperti pengecualian bagi beberapa yuran dan caj, perlindungan aset dan deposit pelanggan, serta kemudahan urusan tuntutan insurans/takaful.
"Oleh itu, keluarga yang terjejas digalakkan terus berurusan secara langsung dengan bank dan ITO masing-masing.









