KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan, mendesak Datuk Seri Rafizi Ramli supaya menjawab skandal membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, khususnya berhubung isu penyalahgunaan kuasa membabitkan Yayasan Hijau Malaysia.

Ramanan berkata, isu pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) itu bukan sahaja membabitkan kesalahan berkhalwat dengan isteri orang tetapi skopnya lebih besar kerana yayasan berkenaan adalah sebuah subsidiari di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRE).

Beliau berkata, wanita terbabit adalah pegawai kanan yayasan berkenaan dan dilantik sendiri oleh Nik Nazmi ketika masih menjadi menteri.

"Dana kutipan hasil daripada syarikat sendiri yang beliau (Nik Nazmi) lobi diberikan kepada yayasan berkenaan dan bukankah ini adalah salah guna kuasa, salah tadbir urus tatakelola, gross negligence (kecuaian melampau) dan tidak bermoral?