Kuala Lumpur: Perkongsian kisah perkahwinan bawah umur secara berulang kali di media sosial dikhuatiri menyebabkan masyarakat menganggap perkahwinan kanak-kanak seawal usia 15 tahun sebagai satu kebiasaan.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Madya Dr Mohd Al Adib Samuri berkata, walaupun perkongsian seumpama itu mungkin dibuat dengan niat baik, namun tidak sepatutnya dipromosikan menggunakan alasan agama tanpa mengambil kira kepentingan dan kebajikan kanak-kanak.
"Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada 2014 mendapati kebanyakan perkahwinan kanak-kanak di negara ini berlaku bukan demi kebaikan mereka sebaliknya kerana keterlanjuran atau mahu menutup aib keluarga.









