KUALA LUMPUR: Kira-kira 46,000 pengguna yang menggunakan Stesen LRT Masjid Jamek setiap hari bakal menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa, selamat dan mesra pengguna menerusi projek transformasi bernilai RM5 juta.
Projek pengindahan yang dilaksanakan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu bukan sekadar memberi wajah baharu kepada stesen berkenaan, malah memberi tumpuan kepada penambahbaikan persekitaran, kemudahan awam dan akses pengguna di salah satu hab pengangkutan awam utama ibu negara.
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dr. Prodyut Dutt berkata, projek pengindahan berkenaan mengambil masa tiga tahun dan merangkumi empat skop utama.
Anthony Loke Siew Fook (empat dari kiri) sambil diiringi Datuk Bandar, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud (tiga dari kiri) dan Prodyut Dutt (tiga dari kanan) melihat pelan naik taraf Projek Pengindahan Stesen LRT Masjid Jamek, semalam. Ujarnya, projek berkenaan dilaksanakan secara berfasa sejak 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2027.








