PETALING JAYA: Satu kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Yunaa dipercayai terbabit kegiatan pelacuran membabitkan kanak-kanak bawah umur, remaja tempatan dan warga asing di sekitar Selangor serta Kuala Lumpur, tumpas selepas sembilan individu ditahan.

Kesemua individu berusia antara 18 hingga 44 tahun ditahan dalam operasi khas Op Angel dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Selangor dari 24 hingga 26 September lalu.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kumpulan itu mempunyai 10 ahli diketuai seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun.

Katanya, kumpulan itu dipercayai aktif sejak awal 2024 dan dikenal pasti terbabit dalam 17 kes pe