KUALA LUMPUR: Sambutan menggalakkan daripada peminat barangan koleksi di Malaysia mendorong jenama permainan dan gaya hidup dari Singapura, Play Nation membuka ruang pop-up utamanya di pusat beli-belah The Exchange TRX di sini.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Play Nation, Kai Jun Wong berkata, sambutan terhadap kempen yang dilaksanakan sebelum ini menunjukkan peminat di Malaysia memerlukan pengalaman yang lebih menyeluruh berbanding sekadar pembelian produk.
“Kami telah menghabiskan hampir dua dekad membangunkan Play Nation dan memperkenalkannya kepada peminat di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
“Komuniti pengumpul di sini sangat bersemangat manakala sambutan menggalakkan terhadap kempen kami yang berlangsung dalam tempoh terhad membuktikan bahawa Malaysia memerlukan lebih daripada sekadar ruang pop-up,” katanya menerusi satu kenyataan.










