Kuala Lumpur: Shell V-Power membawa peminat sukan permotoran Malaysia mendekati pasukan Scuderia Ferrari HP menerusi pengalaman eksklusif Shell Motorsport Experience sempena Grand Prix (GP) Bahrain.

Program itu memberi peluang kepada pelanggan terpilih menyaksikan sendiri suasana di sebalik tabir perlumbaan, termasuk Pit Lane Walk, lawatan ke garaj pasukan Ferrari dan kawasan paddock.

Peserta turut melawat Shell Trackside Laboratory, makmal bergerak yang membolehkan saintis Shell menguji serta menganalisis bahan api perlumbaan dan teknologi pelincir secara masa nyata sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Pengalaman itu turut diserikan dengan kemunculan pemandu Scuderia Ferrari HP, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, sebelum peserta menyaksikan aksi perlumbaan dari tempat duduk penonton.