Petaling Jaya: Penampilan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Putrajaya hari ini mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin di aplikasi Threads, Tun Mahathir yang berkerusi roda dilihat berada di pusara Allahyarham dengan ditemani beberapa individu.

Dalam rakaman itu, Tun Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir menziarahi pusara isteri tercinta.

"Terima kasih kepada semua yang hadir ziarah kubur Hasmah," katanya ringkas.