Kuala Lumpur: DPMM FC tidak gentar berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala FA esok, sebaliknya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah untuk memberi tentangan sengit kepada Harimau Selatan.
Ketua jurulatih DPMM FC, Jamie McAllister berkata, beliau menyedari kekuatan JDT yang memiliki rekod cemerlang dalam saingan liga, namun percaya pasukannya mampu memberikan cabaran jika dapat memperkemaskan beberapa kelemahan terutama di bahagian pertahanan.
Menurutnya, sokongan penyokong sendiri penting untuk menyuntik semangat pemain bagi menghadapi pertemuan getir itu.
"JDT ialah pasukan hebat dan mereka tidak tewas dalam saingan liga sejak empat tahun lalu.









