Melaka: Pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBS) muncul juara edisi pertama Kejohanan 4 Penjuru One Melaka Football Unity Cup 2026 (Piala Perpaduan) yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, kelmarin.
Kejohanan liga satu pusingan itu menyaksikan JBS menamatkan saingan di tangga teratas selepas mengumpul tujuh mata, diikuti Elit Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di tempat kedua dengan lima mata.
Tempat ketiga pula milik Media Melaka, sementara tuan rumah, ASA GP berada di kedudukan keempat pada saingan yang turut disertai bekas pemain kebangsaan, Ramli Junit dan Samsurin Abdul Rahman.
Majlis perasmian kejohanan disempurnakan Setiausaha MBMB, Muhammad Firdaus Shariff dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Ketua Whip MBMB, Juhari Ahmad Saleh, yang mewakili Datuk Bandar MBMB.






