KUALA LUMPUR: Harbour-Link Lines Sdn Bhd iaitu anak syarikat 85 peratus milik Harbour-Link Group Bhd (Harbour-Link Group) memeterai dua perjanjian jual beli berasingan dengan Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd untuk memperoleh dua kapal bernilai RM56.68 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Harbour-Link Group menyatakan hasratnya untuk memperoleh dua unit kapal kontena berkuasa sendiri sepanjang 90 meter daripada Sapor Shipbuilding.

"Pembelian dua kapal itu adalah selaras dengan rancangan pengembangan Harbour-Link Group untuk meningkatkan kapasiti armada lautnya, menambah baik kecekapan operasinya, dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan pengangkutan kontena di rantau ini.