PETALING JAYA: Penampilan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat pusara Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Putrajaya hari ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin di aplikasi Threads, Tun Mahathir yang berkerusi roda dilihat berada di sisi pusara Allahyarham dengan ditemani beberapa individu.

Dalam rakaman itu, bekas Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir menziarahi pusara isteri tercinta.

"Terima kasih kepada semua yang hadir ziarah kubur Hasmah," katanya ringkas.