Bukit Mertajam: Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd akan segera menjalankan kerja pembaikan paip pembetungan susulan kejadian lubang benam yang berlaku di Lorong Perda Selatan 1, Bandar Perda di sini semalam.
IWK dalam kenyataan malam ini memaklumkan kerja pembaikan akan menggunakan kaedah penggalian terbuka dan dijadual dimulakan sebaik sahaja kelulusan permit diperoleh daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
"Sebaik sahaja menerima aduan semalam pasukan operasi IWK telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan awal. Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kerosakan pada paip pembetungan dengan diameter 900 milimeter terletak kira-kira enam meter di bawah permukaan tanah," menurut kenyataan itu.









