Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) memutuskan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko lubang benam dilaksanakan sebelum perancangan dilulus oleh PBT. (Gambar JKR)PUTRAJAYA: Penilaian teknikal dan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko berlaku lubang benam perlu dilaksanakan sebelum sebarang kelulusan pembangunan diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-51, dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Pendekatan ini penting bagi memastikan aspek keselamatan awam dan risiko geologi diberi perhatian sejak peringkat awal perancangan pembangunan,” menurut KPKT menerusi kenyataan.







