Johor Bahru: Skuad remaja kebangsaan menamatkan saingan kumpulan dengan rekod tanpa kalah selepas melakar kemenangan keempat berturut-turut apabila membelasah Kanada 6-1 di Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, sebentar tadi.
Skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang layak ke final selepas menewaskan Pakistan 3-2, Rabu lalu, akan sekali lagi berdepan anak didik Sameer Hussain malam esok yang turut layak ke final selepas terikat 2-2 dengan Jepun pada aksi petang tadi.
Kali terakhir Young Tigers layak ke final SOJC ketika 13 tahun lalu namun tewas kepada India 0-3 dan anak didik Nor Saiful berpeluang cerah mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi pertama tahun 2011 ketika di bawah bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah.









