Manchester: Pengurus Manchester United, Michael Carrick mengakui pasukannya sudah 'hilang arah' selepas dibelasah 1-4 oleh pendatang baharu Liga Juara-Juara (UCL), Como, sekali gus melanjutkan kemarau kemenangan kepada tujuh perlawanan.
Selepas cemerlang ketika menggalas tugas sebagai pengendali interim pada separuh kedua musim lalu, Carrick dilantik secara tetap hanya lima bulan lalu, namun kedudukannya kini semakin terancam menjelang kunjungan Bournemouth ke Old Trafford, Ahad ini.
United turut mencatat permulaan terburuk sejak era Liga Perdana Inggeris, tersingkir daripada Piala Liga selepas tewas kepada Brighton serta kalah dua daripada tiga perlawanan awal UCL.
Bercakap pada sidang media, Carrick mengakui prestasi semasa pasukannya jauh daripada tahap yang diharapkan, meskipun beliau sebelum ini berpuas hati dengan perkembangan skuad berkenaan.










