Johor Bahru: Murid Tahun Satu maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Tampoi di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku jam 5.30 petang ketika kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu, bermain basikal di luar rumahnya sebelum dipercayai terjatuh.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa berada di dalam rumah, manakala bapanya yang bekerja sebagai kelindan lori keluar bekerja.

Ibu mangsa hanya dimaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu selepas dimaklumkan rakan mangsa.