JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak Tahun Satu ditemui maut selepas terjatuh daripada tingkat 10 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa II, Taman Sutera Ros, Tampoi di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Mohammad Adib Rizqy Mohammad Fauzi, 7, disahkan meninggal dunia di tingkat bawah bangunan 10 tingkat.

MOHAMMAD Adib Difahamkan, ketika kejadian, anak kedua daripada empat beradik itu keluar rumah untuk bermain basikal dengan kawan-kawannya di beranda sebelum dipercayai terjatuh ke tingkat bawah.

Ketika kejadian, ibu mangsa sedang berada di dalam rumah manakala bapanya keluar bekerja sebagai kelinda di sekitar Johor Bahru.