Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman minta individu mempunyai maklumat mengenai kes tu supaya menghubungi pegawai penyiasat.PETALING JAYA: Polis Sepang sedang menyiasat kes seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan pangsapuri di Bandar Baru Salak Tinggi awal pagi ini.
Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata polis menerima laporan itu kira-kira 5.54 pagi dan mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
Katanya, siasatan dibuat mengikaut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
"Orang awam dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian ini.





