Petaling Jaya: Selangor FC dan Yakin Splendour Sdn Bhd (YAKIN) menjalinkan kerjasama strategik dengan tumpuan utama kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan pemain.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, peningkatan intensiti permainan bola sepak masa kini menuntut pendekatan pemulihan lebih berkesan bagi memastikan pemain dapat kembali beraksi dan memberikan prestasi terbaik di atas padang.
Katanya, teknologi sel stem juga membuka ruang untuk meneroka prosedur tanpa pembedahan bagi kecederaan tertentu, sekali gus berpotensi mengurangkan keperluan menjalani pembedahan, bergantung pada keadaan dan penilaian perubatan setiap pemain.
"Kalau kita kehilangan pemain penting selama sembilan bulan, mungkin dengan pendekatan ini kita boleh mempercepatkan tempoh pemulihan. Itu sangat penting buat kami.








