Barcelona: Kepulangan Jose Mourinho ke pentas El Clasico dijangka mencuri tumpuan apabila Real Madrid berdepan Barcelona di Camp Nou, Isnin ini, dalam pertembungan yang turut menyaksikan sehingga 14 pemain berpeluang membuat penampilan sulung dalam aksi penuh berprestij itu.

Kedua-dua gergasi Sepanyol itu masing-masing membawa masuk enam pemain baharu pada jendela perpindahan lalu, manakala Barcelona turut menaikkan dua pemain akademi ke skuad utama, sekali gus menyuntik wajah baharu dalam persaingan sengit kedua-dua kelab.

Antara pemain yang bakal mencuri perhatian ialah penyerang Brazil, Gabriel Jesus yang menyertai Barcelona dari Arsenal pada September lalu.

Jesus berkata, peluang beraksi dalam El Clasico buat kali pertama adalah impian yang mahu direalisasikannya sejak sekian lama.