Kuala Lumpur: Selangor meraih bekalan tipis selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kuching City 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Selangor yang turun tanpa kelibat kapten, Faisal Halim akibat kecederaan dikejutkan dengan jaringan pembukaan Kuching City pada minit kesembilan menerusi Ramadhan Saifullah Usman yang bijak memperdaya pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin sebelum melepaskan rembatan kencang ke penjuru kanan pintu gol.
Eduardo Sosa bagaimanapun melegakan kem Selangor apabila meledak gol penyamaan, 10 minit kemudian selepas menerima umpanan Hugo Boumous di dalam kotak penalti.
Kuching City mendapat peluang untuk kembali berada di depan pada minit ke-57 apabila Jerome Etame melepasi perangkap ofsaid, namun kali ini Safuwan bertindak lebih pantas mengeluarkan bola.









