London: Arsenal berdepan tamparan apabila pemain sayap, Bukayo Saka terpaksa diketepikan daripada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton di laman sendiri, esok, akibat kecederaan paha.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, pemain berusia 25 tahun itu akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialaminya ketika seri 2-2 menentang Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara.

Saka terpaksa dikeluarkan selepas hanya 10 minit beraksi susulan masalah berkenaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap tahap kecergasannya menjelang jadual padat The Gunners.

"Dia akan menjalani pemeriksaan MRI petang ini kerana terdapat banyak cecair di kawasan kecederaan, menyebabkan kami sukar menentukan tahap keseriusannya. Kami akan mengetahui keputusannya esok," kata Arteta.