Kuala Lumpur: Syarikat tempatan termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) perlu terbabit dalam rantaian bekalan pelabur bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan pendekatan itu dapat membantu membangunkan ekonomi dan meningkatkan eksport.

Beliau berkata, pendekatan itu juga mengurangkan import kerana sebahagian daripada keperluan industri dapat dipenuhi oleh pengeluaran tempatan.

"Strategi ini sedang dilaksanakan. Seperti yang saya nyatakan tadi, eksport berkembang sebanyak 34 peratus, manakala import meningkat 25 peratus.