Kuala Lumpur: Dua pemain Program Pembangunan Junior Kebangsaan Persatuan Golf Malaysia (MGA NJDP), Andrew Yap dan Amelia Lee mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing muncul juara kategori lelaki AB dan perempuan pada Kejohanan Hainan International Championship 2026 di Mission Hills, Hainan, China.
Andrew mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila bangkit daripada kedudukan ke-10 selepas dua pusingan untuk merangkul kejuaraan kategori lelaki AB menerusi penentuan play-off.
Dia yang ketinggalan lapan pukulan daripada pendahulu selepas mencatat empat atas par dalam dua pusingan awal, menghasilkan aksi cemerlang pada pusingan terakhir dengan catatan empat bawah par untuk menamatkan kejohanan pada par keseluruhan.









