JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa II, Taman Sutera Ros, Tampoi, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Adib Rizqy Mohammad Fauzi, ditemukan pada pukul 5.30 petang tadi.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika mangsa, yang merupakan anak kedua daripada empat beradik keluar untuk bermain basikal bersama rakannya di kawasan beranda sebelum dipercayai terjatuh ke tingkat bawah.

Tinjauan di lokasi mendapati pasukan forensik sedang melakukan siasatan kejadian berkenaan, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk bedah siasat.-UTUSAN