SHAH ALAM - Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) menggesa agar kes pendakwaan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain diselesaikan segera menerusi proses undang-undang yang adil dan tidak memihak.G25 berkata, keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan dan institusi negara bergantung sepenuhnya kepada kedaulatan undang-undang yang dikuatkuasakan secara konsisten kepada semua tanpa rasa takut atau pilih kasih.Menurutnya, setiap individu yang didakwa berhak mendapat anggapan tidak bersalah dan perbicaraan yang penuh serta adil."Memandangkan perkara berkenaan kini berada di hadapan mahkamah, kami tidak mengulas mengenai merit kes tersebut."Kami mengambil maklum dan memuji kenyataan yang dibuat oleh Mohd Shuhaily bahawa beliau akan menghormati proses undang-undang, kami juga percaya bahawa kes itu akan didengar sepenuhnya, adil dan telus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah berhubung dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada bulan lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter Terminal 1 KLIA di sini jam 1.17 hingga 1.30 tengah hari pada 28 September lalu.Mengulas lanjut, G25 berkata, penguatkuasaan sempadan merupakan antara bidang perkhidmatan awam yang paling mencabar kerana pegawai bertugas sering berdepan ancaman penyeludupan, pemerdagangan orang dan rangkaian jenayah terancang.Justeru, menurutnya, pegawai penguat kuasa wajar mendapat sokongan institusi yang kukuh bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan integriti.Tambahnya lagi, Mohd Shuhaily telah berkhidmat kepada negara selama lebih 26 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)."G25 mengiktiraf dan memuji rekod perkhidmatan jangka panjang Shuhaily kepada negara."Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi kepentingan negara serta bagi memelihara keyakinan awam terhadap agensi penguatkuasaan dan institusi kehakiman," katanya.