SHAH ALAM - Aplikasi navigasi tempatan, TuJu perlu menjalani audit keselamatan siber dan privasi oleh pihak bebas sebelum diangkat sebagai alternatif utama kepada Waze dalam perkhidmatan awam.Pengerusi Pertubuhan Profesor G70 (PPG70), Profesor Emeritus Datuk Dr Wan Ramli Wan Daud berkata, perkara itu antara lima saranan dikemukakan pihaknya kepada kerajaan bagi memastikan aplikasi berkenaan benar-benar bersedia, selain menggesa ringkasan hasil audit diumumkan kepada umum.Menurutnya, gangguan yang dialami TuJu selepas pengumuman larangan penggunaan Waze menunjukkan masih terdapat jurang kesediaan yang perlu ditangani segera."Gangguan yang dialami aplikasi TuJu sejurus selepas pengumuman larangan, serta permohonan maaf Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung gangguan itu, menunjukkan bahawa jurang kesediaan tersebut wujud."Jurang ini perlu ditangani segera, bukan dinafikan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Wan Ramli berkata, PPG70 turut menyarankan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menerbitkan ringkasan penilaian risiko yang menjadi asas larangan penggunaan Waze tanpa mendedahkan butiran yang boleh menjejaskan keselamatan negara.Beliau berkata, piawaian penilaian yang sama juga perlu dikenakan terhadap semua aplikasi asing yang mengumpul data lokasi dan pergerakan pengguna dalam perkhidmatan awam tanpa mengira negara asal syarikat.Selain itu, PPG70 mahu LLM dan rakan kongsinya, Prosignal Consortium Sdn Bhd menjelaskan pihak yang menjadi pengawal data TuJu, lokasi serta tempoh penyimpanan data dan tahap kebergantungan aplikasi berkenaan terhadap perkhidmatan pemetaan pihak ketiga.Menurutnya, pengurusan data tersebut juga wajar selaras dengan prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).PPG70 turut mencadangkan kerajaan menyediakan garis panduan seragam kepada ketua jabatan berhubung skop larangan, termasuk penggunaan peranti rasmi dan peribadi, tempoh peralihan serta senarai aplikasi alternatif yang dibenarkan.Pada masa sama, Wan Ramli berkata, PPG70 menyokong keputusan kerajaan menerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melarang penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi kerajaan.Menurutnya, data lokasi dan pergerakan pegawai kerajaan merupakan maklumat strategik negara yang perlindungannya tidak wajar bergantung kepada tujuan mana-mana syarikat asing.Beliau menjelaskan, aplikasi navigasi mengumpul data geolokasi secara masa nyata dan berterusan yang apabila dihimpunkan pada skala besar mampu mendedahkan corak pergerakan pegawai, lokasi kemudahan kerajaan serta aliran mobiliti di sekitar infrastruktur kritikal negara.PPG70 turut mengambil maklum penjelasan Menteri Digital di Dewan Rakyat bahawa larangan berkenaan melibatkan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi dan orang ramai tidak diwajibkan menggunakan TuJu semata-mata.Pertubuhan itu berpandangan rakyat berhak memilih aplikasi navigasi berdasarkan maklu
PPG70 kemuka lima saranan pastikan TuJu benar-benar bersedia

Key takeaways
PPG70 cadangkan audit keselamatan siber untuk TuJu sebelum jadi alternatif Waze.
- PPG70 cadangkan audit siber dan privasi oleh pihak bebas untuk TuJu.
- Gangguan TuJu selepas larangan Waze tunjukkan jurang kesediaan yang perlu diperbaiki.
- PPG70 mahu penilaian risiko Waze diumumkan tanpa dedah maklumat keselamatan negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- Muhammad Nabil Alma Azman
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Harian Metro 'Hotspot' warga asing: MCW kemuka lima cadangan
- Sinar Harian PPG70 kemuka lima saranan pastikan TuJu benar-benar bersedia (this story)









