Kuala Lumpur: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengemukakan lima cadangan dalam reformasi pengurusan pekerja warga asing bagi mengelak lambakan mereka di negara ini.
Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, MCW berpandangan bahawa reformasi pengurusan pekerja asing perlu bermula daripada proses pengambilan pekerja sehingga tamat tempoh pekerjaan dan kepulangan mereka ke negara asal.
Menurutnya, proses yang rumit, tidak telus dan mempunyai terlalu banyak ruang budi bicara boleh membuka peluang kepada orang tengah yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.
"Susulan itu, MCW mengemukakan lima cadangan utama iaitu, pertama, pendigitalan menyeluruh. Semua permohonan kuota, permit dan pembaharuan pas perlu mempunyai rekod digital yang boleh dijejaki, termasuk identiti pegawai pelulus, masa kelulusan dan alasan sesuatu keputusan dibuat.









