KUALA LUMPUR: Komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, semakin pulih selepas menjalani pembedahan bagi merawat masalah cakera tergelincir (slipped disc) pada Ogos lalu, namun masih perlu mengehadkan pergerakan sepanjang tempoh pemulihan.

Ramli, 67, berkata keadaan fizikalnya menunjukkan perkembangan positif apabila sudah kembali memandu, berbanding sebelum ini yang menyukarkannya untuk bergerak.

Bagaimanapun, beliau masih perlu berhati-hati ketika berdiri terlalu lama dan mengelakkan aktiviti lasak bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

"Saya sudah menjalani pembedahan. Sekarang ini sudah ada 'kaki baharu'. Tapi, kaki kanan masih belum boleh dibuat kerana doktor memaklumkan ada masalah pendarahan, jadi belum boleh buat lagi.