KUALA LUMPUR – Mayat bayi perempuan dianggarkan berusia tujuh bulan ditemukan di dalam sebuah tong sampah di kawasan pembuangan sampah di Bangsar, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ho Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu pada pukul 10.43 pagi tadi.
“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 a










