GOMBAK – Seorang bayi lelaki ditemukan masih hidup di dalam sebuah kotak di bawah tangga Blok 1, Apartment Desa Aman Puri, Jalan Puri Kepong, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.14 pagi daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 35 tahun yang menemui bayi berkenaan.
“Bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan telah ditempatkan di hospital untuk pemantauan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.









