Putrajaya: Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Disember ini untuk mendengar permohonan 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan bagi mencabar keputusan pemerintah negeri itu yang membatalkan pelantikan mereka bulan lalu.

Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakili bekas EXCO berkenaan dan peguam Marisa Regina Mohd Aris Rizal yang mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, mengesahkan tarikh pendengaran itu ketika dihubungi Bernama, selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azaraorni Abd Rahman.

Sepuluh individu itu ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Datuk Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.