LONDON: Manchester United kini bergolak apabila pengurusan tertinggi kelab itu membincangkan kemungkinan memecat Michael Carrick susulan kekalahan memalukan 1-4 kepada Como.

Hanya lima bulan selepas dilantik sebagai ketua jurulatih tetap United, kedudukan Carrick kini menjadi tanda tanya berikutan prestasi hambar pasukannya yang gagal mencatat kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Prestasi buruk itu menyaksikan United menghuni tangga ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kedudukan ke-20 dalam Liga Juara-Juara, sekali gus mencetuskan ketegangan dalam kalangan pengurusan kelab ketika mereka menilai masa depan Carrick.

Pegawai kanan kelab dilaporkan berbeza pendapat mengenai dua calon yang berpotensi menggantikannya.