KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka memasuki fasa Monsun Timur Laut 2026/2027 bermula Selasa ini dan berterusan sehingga Mac 2027.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut semasa Monsun Timur Laut.
"Semasa fasa awal Monsun Timur Laut dari November 2026 hingga Januari 2027, tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku yang boleh mengakibatkan banjir di kawasan berhampiran sungai dan berkedudukan rendah.
"Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan," katanya dalam kenyataan hari ini.









