London: Manchester United kini bergolak apabila pengurusan tertinggi kelab itu membincangkan kemungkinan memecat Michael Carrick susulan kekalahan memalukan 1-4 kepada Como.
Hanya lima bulan selepas dilantik sebagai ketua jurulatih tetap United, kedudukan Carrick kini menjadi tanda tanya berikutan prestasi hambar pasukannya yang gagal mencatat kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut.
Prestasi buruk itu menyaksikan United menghuni tangga ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kedudukan ke-20 dalam Liga Juara-Juara, sekali gus mencetuskan ketegangan dalam kalangan pengurusan kelab ketika mereka menilai masa depan Carrick.
Pegawai kanan kelab dilaporkan berbeza pendapat mengenai dua calon yang berpotensi menggantikannya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage1_394035.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)