PETALING JAYA – Penampilan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menziarahi pusara Allahyarham isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, hari ini mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin di Threads, Tun Mahathir dilihat berada di sisi pusara Allahyarham Tun Siti Hasmah sambil duduk di atas kerusi roda dan ditemani beberapa individu.

Dalam rakaman tersebut, Tun Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir menziarahi pusara isteri tercintanya.

“Terima kasih kepada semua yang hadir ziarah kubur Hasmah,” katanya ringkas.