CYBERJAYA - Warga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa berani tampil melaporkan sebarang salah guna kuasa atau arahan yang bercanggah dengan perundangan menerusi saluran rasmi yang disediakan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, sebarang salah laku tidak seharusnya dilindungi, sebaliknya perlu dilaporkan bagi memastikan integriti dan akauntabiliti dalam organisasi sentiasa terpelihara."Setiap warga kerja perlu berpegang teguh kepada prinsip amanah dan keberanian menegakkan kebenaran tanpa mengira pangkat atau kedudukan."Berani kerana benar dan laporkan sebarang salah laku. Perkara yang salah jangan sesekali dilindungi," katanya ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Kemuncak Bulan Integriti dan Audit MCMC 2026 bertemakan Empowering Integrity, Strengthening Governance di Auditorium MCMC di sini pada Khamis.Abd Halim berkata, integriti bukan sekadar mematuhi peraturan bertulis atau memenuhi keperluan audit, sebaliknya perlu bermula daripada nilai dan prinsip yang dipegang setiap individu, khususnya ketika berdepan situasi yang menguji kejujuran serta amanah.Jelasnya, kuasa yang diberikan kepada seseorang bukan satu keistimewaan untuk digunakan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan telus."Setiap keputusan berhubung perlesenan, penguatkuasaan, perolehan, pengurusan sumber manusia dan hubungan industri mestilah dilaksanakan secara telus," katanya.Beliau turut menyifatkan penganjuran program pengukuhan integriti oleh MCMC bukan sekadar acara rutin tahunan, sebaliknya mencerminkan komitmen pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja dalam memartabatkan akauntabiliti.Sementara itu, Anggota Suruhanjaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko MCMC, Prof Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod berkata, pihaknya komited membanteras amalan rasuah serta memastikan sistem tadbir urus berakauntabiliti dilaksanakan secara berterusan.Menurutnya, MCMC turut memberi penekanan terhadap pengurusan dana secara telus dan teratur bagi memastikan manfaatnya dapat dikembalikan kepada rakyat."MCMC sentiasa melaksanakan yang terbaik bagi memastikan setiap dana diurus akan dikembalikan manfaatnya kepada rakyat secara telus dan teratur," katanya.Majlis berkenaan turut menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin Penolong Pengarah Pejabat MCMC Selangor, Ahmad Azri Zainal Abidin.Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Berbalas Pantun, Video Kreatif serta Poster Digital Integriti dan Audit MCMC 2026.Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Anggota Jawatankuasa Audit dan Risiko MCMC, Datuk Abdul Halim Hamzah; Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din; Anggota Suruhanjaya MCMC, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali; Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta Ketua Unit Integriti d
Warga MCMC digesa berani lapor salah guna kuasa

Key takeaways
Warga MCMC digesa melaporkan salah guna kuasa melalui saluran rasmi untuk menjaga integriti dan akauntabiliti.
- Ketua SPRM menekankan pentingnya melaporkan salah laku untuk memastikan kebenaran.
- Integriti perlu bermula daripada nilai individu dan tidak sekadar mematuhi peraturan.
- MCMC mengadakan program pengukuhan integriti sebagai komitmen untuk menjaga akauntabiliti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Mahasiswa perlu berani tolak rasuah, salah guna kuasa
- Sinar Harian Warga MCMC digesa berani lapor salah guna kuasa (this story)
- Harian Metro Warga MCMC perlu berani lapor salah guna kuasa








