KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) boleh meneruskan aktiviti politik, menggunakan logo gabungan itu dan bertanding dalam pilihan raya seperti biasa susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung sementara pelaksanaan pembatalan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Peguam yang mewakili PN, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan itu membolehkan gabungan berkenaan mengekalkan status quo sementara menunggu penyelesaian kes utama yang mencabar tindakan RoS.Menurutnya, keputusan berkenaan turut membolehkan PN meneruskan kegiatan politiknya termasuk bagi menghadapi pilihan raya."Kita boleh bertanding, bermaksud kita boleh guna logo, bermaksud kita boleh teruskan dengan segala aktiviti dan kegiatan kita, termasuklah di Melaka ke, nanti di Sarawak ke, dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar selepas prosiding di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Beliau bagaimanapun menjelaskan, keputusan mahkamah itu tidak bermaksud tindakan RoS membatalkan pendaftaran PN telah diputuskan sebagai tidak sah.Katanya, mahkamah setakat ini memutuskan supaya pelaksanaan pembatalan berkenaan digantung sementara sehingga kes utama selesai diputuskan."Mahkamah belum buat keputusan tentang keabsahan atau tidak sahnya keputusan tersebut."Tetapi mahkamah menyatakan bahawa buat masa ini, ada sesuatu yang tidak betul dalam apa yang sedang dilakukan, maka mahkamah kata, gantung dulu," katanya.Media sebelum ini melaporkan, pada 20 Oktober lalu, PN dimaklumkan mengenai keputusan RoS membatalkan pendaftaran gabungan itu, kurang 48 jam sebelum prosiding mahkamah bagi permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan berkenaan berlangsung.Susulan itu, PN meneruskan cabaran undang-undang terhadap keputusan berkenaan di Mahkamah Tinggi pada Khamis.Muhammad Rafique berkata, pihaknya sebelum ini turut membangkitkan isu tempoh 30 hari yang diberikan kepada PN untuk mengemukakan penjelasan menerusi surat RoS bertarikh 22 September lalu.Menurutnya, keputusan pembatalan yang dimaklumkan pada 20 Oktober itu dibuat sebelum tempoh berkenaan berakhir, sekali gus menjadi antara perkara yang dipersoalkan dalam prosiding mahkamah.Beliau berkata, keputusan penangguhan sementara itu membolehkan PN meneruskan urusan dan kegiatan politiknya sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung cabaran terhadap tindakan RoS.
PN boleh bertanding, guna logo seperti biasa - Peguam

Key takeaways
PN boleh teruskan aktiviti politik dan bertanding dalam pilihan raya dengan menggunakan logo seperti biasa selepas keputusan mahkamah menggantung sementara pembatalan pendaftarannya.
- Mahkamah Tinggi menggantung sementara pelaksanaan pembatalan pendaftaran PN oleh RoS.
- PN boleh teruskan aktiviti politik dan bertanding dalam pilihan raya.
- Keputusan mahkamah tidak menyatakan keabsahan tindakan RoS, hanya menggantung sementara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian PN boleh guna logo PAS untuk PRN Melaka - Sanusi
- Free Malaysia Today PRN Melaka: PN boleh guna logo PAS, kata Sanusi
- Utusan Malaysia PN boleh bertanding PRN Melaka
- Sinar Harian PN boleh bertanding, guna logo seperti biasa - Peguam (this story)








