KUALA LUMPUR - Nasib 687,697 pengundi berdaftar di Melaka antara perkara yang dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) dalam mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu.Peguam yang mewakili PN, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tindakan berkenaan bukan sekadar memberi kesan kepada gabungan itu, malah turut menimbulkan persoalan mengenai kedudukan wakil rakyat serta pentadbiran negeri yang diterajui PN.Menurutnya, perkara itu antara hujahan yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bagi menjelaskan kepentingan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan pembatalan berkenaan."Kita telah menyatakan dengan jelas bahawa kita berfikiran bukan untuk Perikatan Nasional sendiri, kita memikirkan nasib 687,697 individu berdaftar sebagai pengundi-pengundi di Melaka."Kita pun menyatakan apakah nasib 74 Ahli Parlimen Perikatan Nasional, lebih kurang 200 lebih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional serta tiga atau empat buah negeri yang Perikatan Nasional kuasai di peringkat negeri," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.Sinar Harian sebelum ini melaporkan notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dua hari lalu, digantung oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Hakim, Datuk Azizan Md Arshad memutuskan demikian membenarkan permohonan gabungan parti itu supaya notis berkenaan digantung sehingga prosiding subtantif semakan kehakiman didengar.Keputusan ini dibuat sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka, dengan gabungan itu berusaha mempertahankan haknya untuk bertanding menggunakan nama dan logo sendiri.Semasa membaca keputusan, Azizan berkata, mahkamah mendapati wujud keadaan luar biasa yang mewajarkan penangguhan tersebut, khususnya potensi kemudaratan terhadap aktiviti politik PN serta penyertaannya dalam PRN.Pada Khamis, peguam, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili PN manakala Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfiqar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Nurhaffiza Azizan.Pada 22 September, RoS mengeluarkan notis kepada PN, sebelum perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu berkuat kuasa pada 23 September.RoS pada 24 September lalu, mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN dengan tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.Lima pemimpin parti komponen PN, diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku pemohon pertama, kemudiannya memohon untuk semakan kehakiman bagi mencabar perkara itu.Empat pemohon lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Ta
Nasib 687,697 pengundi Melaka dibangkitkan dalam kes PN - Peguam

Key takeaways
PN menuntut keputusan pembatalan pendaftaran mereka digantung, dengan menyebut 687,697 pengundi Melaka terjejas.
- PN mencabar pembatalan pendaftaran mereka di Mahkamah Tinggi.
- Peguam PN menyatakan keputusan itu mempengaruhi 687,697 pengundi Melaka.
- Mahkamah menggantung notis pembatalan sehingga prosiding keseluruhan didengar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI,NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PN: Rundingan kerjasama PRN Melaka 'dalam lingkungan 100 peratus'
- Harian Metro PRN Melaka: Apa nasib sembilan penyandang?
- Utusan Malaysia Pengundi baharu cabaran BN hadapi PRN Melaka
- Utusan Malaysia Apa nasib wakil rakyat apabila hilang ‘payung’ PN?
- Sinar Harian Nasib 687,697 pengundi Melaka dibangkitkan dalam kes PN - Peguam (this story)








